Breaking News
Home » Motivasi » Niat Tak Menghalalkan Cara

Niat Tak Menghalalkan Cara

Niat Tak Menghalalkan Cara. Dalam elok-elok buah pun mungkin ada yang busuk. Dan yang busuk itu tak semestinya langsung tak boleh pakai semua. Niat memang ada tapi cara tu yang macam tak kena. Kekadang yang diminta tak masuk akal juga.Tapi bila terdesak apa pedulikan,balun je walau rosak dipandangan mata. Manusia mana ada yang sempurna tapi kalau dah salah mengaku saja. Kenapa nak cari jalan yang tak sepatutnya.

Memang benar ada yang berkata,hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Tapi apa gunanya daya yang ada jika semua itu penuh dengan dalih semata-mata. Ibarat nila setitik rosak susu sebelanga. Yang lain main ikut saja.Ikut hati mati,ikut rasa binasa. Tapi itu bukan mahunya diambil kira janji impian terlaksana. Entah apa yang ada didalam kepala.

Ingatlah,jangan nanti menang sorak kampung tergadai. Yang menang jadi arang yang kalah jadi abu. Bebaskah kita jika setakat dengan kata-kata tapi minda kita terus kufur nikmat?

sekadar pandangan jiwa aku yang resah melihat betapa kita semakin lupa hakikat siapa kita dan untuk apa kita didunia.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

5 comments

  1. kalau benda tuh haram,niat betol pon, haram jugak jawabnya

  2. Ermm..inilah ragam manusia, tak tau nak kata apa..

  3. sengaja nak bagi haru-biru…dunia2….

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *