Breaking News
Home » Info Sukan » Nazar Berlari Dari Bukit Jalil Sampai Kota Bharu

Nazar Berlari Dari Bukit Jalil Sampai Kota Bharu

Pak Ya Rambo Nazar Berlari Dari Bukit Jalil Sampai Kota Bharu. Berbagai cara peminat fanatik menunjukkan kegembiraan andai pasukan yang disokong mencipta kejayaan yang diharapkan. Begitu juga seorang penyokong pasukan Kelantan yang akan berlari dari Stadium Bukit Jalil sehingga Kota Bharu andai Kelantan berjaya menjulang Piala FA 2015 pada sabtu ini.

Zakaria Yusof atau nama panggilannya Pak Ya Rambo berumur 65 tahun bernazar akan berlari pada Ahad 8 pagi andai Kelantan berjaya menewaskan Lions XII pada malam sabtu itu dalam aksi Final Piala FA. Andai ini berlaku, pasti akan mengulangi apa yang dibuat oleh Pak Majid yang menunaikan nazarnya dengan berjalan kaki secara solo sejauh 280 kilometer dari Kuantan ke Stadium Shah Alam, tahun lalu.

Misinya itu membabitkan jarak perjalanan kira-kira 500km, bermula dari Stadium Bukit Jalil ke Kuala Lipis, Pahang sebelum memasuki Kelantan dan menamatkan lariannya di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu.

TRW Piala FA 2015

Untuk rekod , Kelantan bakal berdepan Lions XII dalam perlawanan akhir Piala FA 2015 yang akan berlangsung pada 23 Mei 2015 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

sumber BH Online / Bernama

 

Check Also

Siaran Langsung Piala FA 2017

Siaran Langsung Piala FA 2017 Separuh Akhir Kedua

Aksi saingan Piala FA Malaysia 2017 semakin menuju ke kemuncak. Malam ini 13 Mei 2017 …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *