Breaking News
Home » Info Sukan » Nasib Berbeza Lions XII Pahang Dan Selangor

Nasib Berbeza Lions XII Pahang Dan Selangor

Nasib Berbeza Lions XII Pahang Dan Selangor. Jawatankuasa Eksekutif FAM yang telah pun selesai membuat mesyuarat kali keenam bagi sesi 2014-2018 telah membuat beberapa ketetapan dan keputusan berkaitan bolasepak atau Liga Malaysia untuk musim 2016.

FAM

 

TIADA LAGI LIONS XII DALAM LIGA SUPER 2016

Jawatankuasa Eksekutif FAM memutuskan bahawa memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara FAM dan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) pada tahun 2011 yang berakhir pada tahun ini tidak akan dilanjutkan. Ini bermakna Lions XII tidak akan lagi beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) mulai musim 2016.

PLAYOFF ATM DAN T-TEAM
Satu perlawanan playoff akan diadakan antara pasukan tempat ke 11 Liga Super 2015 iaitu ATM menentang pasukan tempat ke 3 Liga Premier 2015 T-Team. Perlawanan playoff ini akan diadakan hanya satu perlawanan saja yang mana venue dan tarikhnya akan ditetapkan oleh Football Malaysia LLP (FMLLP) dalam masa terdekat untuk mengantikan pasukan Lions XII dalam Liga Super 2016.

KUALA LUMPUR KEKAL LIGA PREMIER 2016 ( PERDANA )
Pasukan kedua tercorot Liga Perdana musim 2015, Kuala Lumpur yang sepatutnya bermain dalam Liga FAM akan kekal bersaing dalam Liga Perdana berikutkan ATM atau T-Team akan bermain dalam Liga Super selepas playoff.

TIADA LAGI HARIMAU MUDA
Program Harimau Muda tidak lagi diteruskan dan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM malam tadi bersetuju dengan cadangan berkenaan. Para pemain Harimau Muda B dan Harimau Muda C akan dikembalikan ke negeri masing-masing.

PAHANG DILUCUTKAN SELAKU NAIB JUARA LIGA SUPER 2015
Status Pahang sebagai naib juara Liga Super 2015 telah dilucutkan kerana Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan FAM untuk memotong enam mata Pahang dalam saingan liga super 2015. Ini disebabkan oleh kelewatan Pahang dalam proses menyelesaikan masalah gaji dan pampasan oleh bekas pemain importnya pada musim 2013, Mohamed Borji. Pahang kini jatuh ke tempat ketiga dan Selangor pula naik ke tempat kedua Liga Super 2015 di belakang JDT.

SELANGOR BAKAL KE PIALA AFC 2016
Selangor akan menjadi wakil Malaysia ke saingan Piala AFC 2016 bersama-sama JDT. FAM akan memaklumkan perkara ini kepada pihak AFC untuk mencalonkan Selangor sebagai pasukan yang menggantikan tempat Pahang menerusi slot selaku naib juara Liga Super.

Beberapa lagi ketetapan telah dibuat untuk lebih lanjut boleh rujuk laman facebook rasmi FAM.

Check Also

The Red Warriors

Nama The Red Warriors Akan Ditukar ?

Nama The Red Warriors Akan Ditukar ? Itulah persoalan yang mungkin bermain difikiran peminat bolasepak …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *