Home » Info Sukan » Nasib Awang Import T-Team Tidak Menentu

Nasib Awang Import T-Team Tidak Menentu

Liga Malaysia T-Team , Pemain Import Liga Malaysia – Isu berkaitan pemain import memang menjadi sesuatu yang biasa dalam Liga Malaysia. Memang sukar diramal nasib masing-masing bila berakhirnya liga atau musim bolasepak. Memang tidak sama seperti liga luar negeri seperti EPL dan lain-lain.
Walaupun bermain bagus dan pasukan memenangi piala , namun bila berakhir musim nasib bakal terumbang ambing. Kekadang kekangan kewangan turun menjadi penentu masa depan awang import. Apa lagi andai prestasi pasukan yang diwakili merudum. Harapan untuk kekal lebih tipis.
T-Team
Begitulah yang dialami oleh empat pemain import T-Team. Nasib Patrich Steeve Wanggai, Leandro Dos Santos, Jimmy Mulisa dan Goran Subara bersama T-Team hanya akan ditentukan dalam masa terdekat. Semua bergantung kepada kerajaan Negeri Terengganu yang merupakan pihak yang banyak menanggung kos perjalanan kelab ini. 
Andai khidmat mereka atau khidmat pemain import tidak akan digunakan lagi dalam menghadapi musim depan, makan mereka berempat bakal mengucapkan selamat tinggal kepada T-Team. Semuanya bergantung kepada dasar yang akan dibuat oleh kerajaan Negeri Terengganu.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *