Breaking News
Home » Berita » Najib Razak Popular di WSJ

Najib Razak Popular di WSJ

Najib Razak Popular di WSJ. Nampaknya isu yang melanda senario politik negara mula mendapat perhatian dunia luar terutama selepas pendedahan yang dibuat oleh Wall Street Journal. Semua terarah kepada Perdana Menteri dato seri Najib Tun Razak.

Banyak artikel dalam laman itu yang dikaitkan dengan Najib Razak terutama kes 1MDB menjadi antara artikel yang popular dan dikongsikan oleh ramai pengguna laman itu ke twitter dan facebook. Artikel bertajuk Malaysian Leader Faces Political Test menduduki ranking paling popular WSJ.

Lain-lain artikel berkaitan adalah Scandal in Malaysia dan Malaysia 1MDB Probe Says It Has Found Documents Tied to Alleged Transfers to Prime Minister Najib. Nampaknya Malaysia dan pemimpinnya menjadi tumpuan dunia sekarang.

Najib Razak Wall Street Journal
Najib Razak Wall Street Journal

Sementara itu , Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) menyifatkan dakwaan The Wall Street Journal terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan  konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan kerajaan.

“Selama ini kita hanya melihat konspirasi untuk menjatuhkan kepimpinan negara ini melalui ‘orang  dalam’ semata-mata tetapi  dengan apa yang dilakukan WSJ ini jelas negara kini turut berhadapan dengan serangan daripada luar. Saya berharap Perdana Menteri dapat segerakan tindakan saman terhadap WSJ yang sengaja mahu memfitnah dan memburukkan  nama baik beliau dan negara,” – Ketua Pengarah Jasa Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Satu kenyataan Perdana Menteri yang dipetik menerusi Sinar Harian ,

“Kalau betul saya nak menyamun, nak songlap duit negara, takkanlah saya hendak masukkan duit tersebut dalam akaun negara, Itu kalau saya hendak menyamunlah. Tentu sekali, saya sebagai Perdana Menteri tidak akan mengkhianati rakyat dan harta benda milik rakyat. Itu merupakan janji saya. Sebab itulah saya kata saya akan rujuk peguam-peguam saya untuk tentukan tindakan susulan (tindakan undang-undang) sama ada dalam dan luar negara,” – Dato Seri Najib Tun Razak

sumber SinarHarian

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *