Breaking News
Home » Berita » Najib Letak Jawatan Presiden UMNO Dan Pengerusi BN

Najib Letak Jawatan Presiden UMNO Dan Pengerusi BN

Najib Letak Jawatan Presiden UMNO Dan Pengerusi BN. Akhirnya setelah banyak desakan dari kalangan dalam Barisan Nasional sendiri, Datuk Seri Najib Razak hari ini umumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta. Mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Biro Politik UMNO hari ini.

najib letak jawatan
Najib letak jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional ( BN )

Dalam sidang akhbar itu, Datuk Seri Najib Razak menyatakan beliau berterima kasih kepada semua ahli UMNO sejak mengambil jawatan dan yakin jasa UMNO dan BN besar kepada negara Malaysia. Beliau juga berkata BN dan UMNO menerima dengan hati terbuka keputusan rakyat tidak memilih parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Najib juga berkata beliau tidak akan meninggalkan UMNO dan akan terus menyokongnya.

Tugas Presiden Umno akan diambil alih oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi manakala Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pula akan menjalankan tugas Timbalan Presiden.

Check Also

carta keputusan Liga Super 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018. Empat perlawanan Unifi Liga Super Malaysia 2018 berlangsung. Keputusan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *