Breaking News
Home » Berita » MyKad Dan Sijil Kelahiran 11111111 Di Terengganu

MyKad Dan Sijil Kelahiran 11111111 Di Terengganu

Hari ini 11.11.2011 atau lebih menarik di sebut dengan 11.11.11.Namun di Terengganu angka ini lebih menarik kerana akan tercacat 8 angka 1 di mykad atau sijil kelahiran kepada bayi yang lahir hari ini.Menurut sumber,bayi yang lahir hari ini di Terengganu akan mempunyai empat set nombor 11 bagi lapan digit pertama MyKad dan sijil kelahiran mereka.Selain nombor 111111 bagi hari, bulan dan tahun kelahiran mereka, bayi di Terengganu juga akan mempunyai satu lagi set nombor 11 iaitu bagi menandakan kod negeri Terengganu.

Bayi yang lahir antara 12 pagi hingga 11.59 malam ini di Terengganu, akan mendapat nombor kad pengenalan dengan senarai angka 11111111, tidak kira sama ada ibu bapa mereka berasal dari negeri ini atau tidak.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *