Breaking News
Home » Berita » Muslim Ahmad Nafi Bawa Gadis Ke Bilik Hotel

Muslim Ahmad Nafi Bawa Gadis Ke Bilik Hotel

Muslim Ahmad Nafi Bawa Gadis Ke Bilik Hotel – Pemain Terengganu dan kebangsaan Muslim Ahmad menafikan sekeras-kerasnya yang dia terlibat membawa gadis ke bilik hotel seperti didakwa jurulatih Terengganu Steve Butler. 

Muslim Ahmad mengakui dia keluar lewat pada hari kejadian kerana mahu membeli makanan dan ubat demam untuk rakannya, Ismail Faruqi As’hari yang turut dikaitkan dalam insiden itu. Sehubungan itu, pemain kebangsaan tersebut, mahu Butler meminta maaf secara terbuka atas tuduhan yang dibuatnya.

Ya, memang saya ada keluar lewat tetapi bukan membawa perempuan ke dalam bilik hotel seperti yang didakwa dan kami tidak tahu bagaimana jurulatih (Butler) membuat kenyataan itu sedangkan dia tidak memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan terlebih dahulu.Kami memang terkilan dengan perkara ini kerana ia mengaibkan keluarga tetapi kami akan tunggu keputusan pihak pengurusan kerana mereka yang membayar gaji kami.Antara hubungan dengan jurulatih, saya profesional dan kita tetap akan bermain selagi diarahkan persatuan,”  – Muslim Ahmad

Butler tetap mempertahankan kenyataannya dan akan membuat laporan rasmi seperti mana yang diarah oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi membolehkan siasatan dijalankan lebih lanjut.Ujar Butler, beliau bertanggungjawab melatih pemain berdisiplin kerana ia penting untuk melahirkan pemain yang berkualiti dan berjaya.

sumber rujukan Utusan

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *