Menu Tutup

Mulut Ke Perut Yang Pecah ?

“pastikan ya..jangan sesiapa tahu perkara ni..biar pecah di perut jangan pecah di mulut..”..ayat ni biasalah kita dengar atau guna pakai untuk menyimpan sesuatu perkara yang rahsia..haha!! tapi setakat manakah mulut itu mampu bertahan..??

Selalunya perkara2 rahsia ni banyak melibatkan hal2 peribadi atau pun rahsia2 pertubuhan..perkara jahat pun selalunya memang rahsialah eh..sapa yang beritahu orang jika buat jahatkan..haha!!

beginikah gambaran perut yg menyimpan rahsia..haha
– gambar google-

Kepada siapakah anda meluahkan masalah anda?? rakan2..kaum keluarga..orang yg tak di kenali?? Pastilah anda akan mencari orang yang paling anda percaya dan boleh menyimpan rahsia anda..tapi anda pastikah rahsia itu akan selamat?? Selama mana anda boleh percaya dengan ungkapan Biar Pecah Di Perut Jangan Pecah Di Mulut?? Kalau kulit perut dia tebal mesti tak pecah punya..itu yang menyebabkan mulut pulak yg pecah..!!

Kita ambil contoh ringan2 la..sahabat baik biasanya akan berkongsi berbagai2 cerita dan rahsia peribadi..masing masing tahu antara satu sama lain..Sampai Si A akan cakap rahsia Si B ada dalam poket dia..!! tapi bila dah tak sehaluan,habis semua keluar..habis semua rahsia keluar dari mulut sebar sana sini..haru eh… tu sebab kita kena berhati2..pastikan apa yg perlu sahaja yg boleh di ketahui oleh orang lain..
Yang paling penting jangan suka suki bikin cerita yang membuka pekung di dada.. jaga2..kerana mulut badan binasa..!!

Tutup mulut jika anda tak mahu orang lain buka mulut cerita tentang anda..

Kesimpulannya..Ada perkara yang boleh kita kongsikan..ada perkara yang kita perlu simpan sendiri..!! apakah perkara itu..anda sendiri je yang tahu..!!

Tulisan = Ori Dari Minda Den
Gambar = ambil dari googel

6 Comments

  1. Cempakamelati

    Saya setuju. Kalau nak luahkan perasaan, pastikan cerita kepada sahabat yang betul-betul boleh dipercayai ataupun simpan saja untuk diri sendiri.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *