Breaking News
Home » Berita » Mukhriz Mahathir Letak Jawatan MB Kedah

Mukhriz Mahathir Letak Jawatan MB Kedah

Mukhriz Mahathir Letak Jawatan MB Kedah. Tidak mahu kemelut berpanjangan akhirnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir umum lepaskan jawatan Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta merta. Ini ada kaitan dengan dikatakan hilang sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN). Perletakan jawatan ini dibuat sidang media di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Aman hari ini ( 3/2/2016 ).

Beliau dikatakan hilang sokongan majoriti ADUN dalam satu undian sulit di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah dari semua ADUN Barisan Nasional (BN) dan pembangkang pada semalam ( 2/2/2016 ).

Beliau turut mengumumkan melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Pengerusi kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Namun jawatan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri diserahkan kepada pertimbangan Presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

“Menjamin kesejahteraan rakyat Kedah adalah keutamaan saya. Bagi mengelak kemelut politik ini berpanjangan sehingga menjejaskan pentadbiran negeri dan merugikan rakyat, maka saya mengambil pendirian melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta,” – Datuk Seri Mukhriz Mahathir

Datuk Seri Mukhriz Mahathir
Datuk Seri Mukhriz Mahathir letak jawatan MB Kedah

sumber BH Online

Check Also

Keputusan Liga Perdana 24 Mei 2017

Keputusan Liga Perdana 24 Mei 2017

Keputusan Liga Perdana 24 Mei 2017. Lima perlawanan Liga Perdana Malaysia berlangsung untuk hari ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *