Breaking News
Home » Info Sukan » Mohd Faiz Subri Menang Anugerah Puskas 2016

Mohd Faiz Subri Menang Anugerah Puskas 2016

Alhamdulillah itulah ayat pertama yang diucapkan bila Mohd Faiz Subri Menang Anugerah Puskas 2016. FIFA Puskas Award adalah anugerah untuk jaringan gol tercantik sepanjang tahun dimana pemenang ditentukan oleh undian peminat bolasepak seluruh dunia.

Mohd Faiz Subri Menang Anugerah Puskas 2016
Mohd Faiz Subri Puskas Award

Mohd Faiz Subri telah pun melakar sejarah bolasepak Malaysia dan Asia selepas dinobatkan selaku pemenang Anugerah Puskas 2016 yang berlangsung di Zurich, Switzerland 9 januari 2017. Beliau telah mengetepikan dua pencabarnya, Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Lebih manis, anugerah Puskas ini telah disampaikan oleh lagenda bolasepak dunia dari Brazil Ronaldo dan dengan secara tidak langsungnya telah meletakkan nama Faiz Subri sebaris dengan pemenang sebelum ini seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.

Jaringan ajaib dari sepakan percuma ini dibuat oleh Mohd Faiz ketika aksi Liga Super bertemu Pahang di Stadium Bandaraya, Februari 2016.

Anugerah yang telah dimulakan pada tahun 2009 itu telah dimenangi oleh bintang ternama dunia dan untuk 2016 pertama kali dimenangi oleh pemain dari Asia. Berikut adalah senarai pemenang terdahulu Anugerah Puskas FIFA.

2009: Cristiano Ronaldo
2010: Hamit Altintop
2011: Neymar
2012: Miroslav Stoch
2013: Zlatan Ibrahimovic
2014: James Rodriguez
2015: Wendell Lira

Tahniah Mohd Faiz Subri atas kejayaan yang mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Kau kebanggaan Malaysia.

Check Also

Keputusan ASK 2017

Keputusan ASK 2017 Anugerah Skrin TV3

Keputusan ASK 2017 Anugerah Skrin TV3. Hari ini berlangsung malam kemuncak ASK 2017. Malam yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *