Breaking News
Home » Info Sukan » Mohd Faiz Subri Calon Akhir Anugerah Puskas FIFA

Mohd Faiz Subri Calon Akhir Anugerah Puskas FIFA

Mohd Faiz Subri Calon Akhir Anugerah Puskas FIFA 2016. Penantian untuk mengetahui adakah Faiz Subri layak ke senarai 3 calon Anugerah Puskas terjawab apabila pemain Pulau Pinang itu tersenarai untuk undian akhir. Senarai itu diumumkan oleh FIFA hari ini.

Dalam undian awal, FIFA menyenaraikan 10 calon dimana undian adalah oleh peminat bolasepak seluruh dunia secara online dilaman web FIFA. Turut tersenarai adalah Marlone dari Brazil dan pemain bolasepak wanita, Daniuska Rodríguez dari Venezuela. Tahniah Mohd Faiz Subri.

Mohd Faiz Subri Calon Akhir Anugerah Puskas FIFA
Mohd Faiz Subri Calon Akhir Anugerah Puskas FIFA

Apakah itu Anugerah Puskas ? Anugerah ini diperkenalkan untuk pemain bola sepak lelaki atau wanita yang menjaringkan gol terbaik atau fantastik secara tahunan. Anugerah ini dinamakan sempena memperingati pemain dari Hungary, Ferenc Puskás bekas penyerang Real Madrid pada lewat 1950an dan 1960an.

Untuk menentukan pemenang, undian kedua akan dibuat sekali lagi untuk tiga calon akhir. Kepada rakyat Malaysia anda boleh bersama mengharumkan nama Malaysia dengan mengundi Mohd Faiz Subri dan sekaligus membantu beliau menang untuk mencipta sejarah bolasepak Malaysia.

Undi Mohd Faiz Subri di laman web FIFA menerusi pautan dibawah.

VOTE FAIZ SUBRI FOR FIFA PUSKAS AWARD

Semoga Faiz Subri akan berjaya memenangi Anugerah Puskas FIFA yang akan berlangsung pada 9 Januari 2017 di Zurich.

Anda boleh menonton video jaringan gol oleh Mohd Faiz Subri yang tercalon dalam Anugerah Puskas yang dilakukan ketika perlawanan Liga Super Pulau Pinang vs Pahang. Ayuh jom undi, pastikan sejarah tercipta buat pemain dan bolasepak Malaysia amnya.

Check Also

keputusan Liga Perdana 21 julai

Keputusan Liga Perdana 21 Julai 2017

Keputusan Liga Perdana 21 Julai 2017. Saingan semakin ke penghujung dengan 6 perlawanan telah pun …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *