Breaking News
Home » Uncategorized » MMS Gambar Menarik Anda Dan Menangi RM300

MMS Gambar Menarik Anda Dan Menangi RM300

Peraduan 1Malaysia Bersih & Indah adalah anjuran Kementerian Pelancongan dalam usaha untuk mengalakkan orang ramai menghargai keindahan dan membantu menjadikan negara ini bersih dan hijau.Peraduan MMS ini berakhir pada 15 September 2011.Peluang terbuka kepada orang ramai yang berminat mengambil gambar ketika melancong atau bercuti memenangi hadiah wang tunai bernilai RM300 setiap minggu.

Gambar yang dihantar melalui MMS perlu disertakan dengan keterangan gambar dengan tidak melebihi 15 patah perkataan yang menyatakan elemen Malaysia Bersih & Indah.Maklumat penghantar iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor untuk dihubungi juga perlu disertakan.
Cara menghantar penyertaan:
Taip HM (keterangan gambar MMS) dan hantar MMS ke 32728.
Contoh: HM TANDAS YANG BERSIH DAN MENGHIJAU PASTI MENGGAMIT RAMAI PELANCONG (hantar ke 32728 bersama gambar MMS terbabit).

Amacam ada berani join..mudah je…ambil gambar hantar terus dengan handphone melalui MMS..Keterangan lanjut untuk peraduan ini klik SINI.Aku dah hantar 3..tak tahu ler leh menang ke tak..haha..sekadar nak cuba.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

7 comments

  1. good luck yer… huhu.. x bleh join..hp rosak plak.. adoi…

  2. All the best k !…menarik gak ni…nanti lah kalau rasa nak join, join lah ni hehe

  3. insyaAllah..bro akan menang nanti..menarik pertandingan neh..hadiah pun lumayan gak tuh..boleh wat lepas makan2 ngan family di restoran yang mahal sikit hehe..

  4. ado pulak petandingan mcm ni yo.. harap bleh monang la..somugo bejayo yo ..

  5. anta gamba lempeng hangus bleh ko..kih kih kih

  6. suruh uncle gedek masuk konpem menang 😀 hahaha

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *