Breaking News
Home » Berita » Misteri Beg Warna Merah

Misteri Beg Warna Merah

Misteri Beg Warna Merah. Apakah sebenarnya yang terdapat dalam sebuah beg pakaian merah yang ditinggalkan dihadapan sebuah stesen minyak di Jalan Tebrau , Johor Bahru. Kehadiran beg merah ini ternyata menimbulkan panik pemilik premis.

Menurut laporan akhbar arus perdana, sebuah beg berwarna merah yang ditinggalkan seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Tebrau, di sini jam 12 tengah hari semalam menimbulkan suasana panik apabila ia dikhuatiri mengandungi bom. Seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, majikannya terpaksa menghubungi polis selepas mendapati ada sebuah beg ditinggalkan seorang lelaki yang sebelum itu berhenti untuk pam tayar.

Anggota Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan mengenai sebuah beg yang ditinggalkan di sebuah stesen minyak berkenaan. Pihak Polis telah mengambil langkah keselamatan dan selepas pemeriksaan dibuat mendapati tiada apa-apa ancaman kerana di dalam beg berkenaan hanya mengandungi pakaian.

misteri beg merah
Unit Pemusnah Bom memeriksa beg merah

 

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *