Breaking News
Home » Uncategorized » MH17 : Jenazah Dibawa Pulang Mulai 22 Ogos 2014

MH17 : Jenazah Dibawa Pulang Mulai 22 Ogos 2014

Menurut laporan sumber dari beberapa laman web akhbar , jenazah mangsa nahas MH17 yang terhempas di Ukraine akan mula dibawa pulang secara berperingkat mulai 22 Ogos 2014. Kumpulan jenazah pertama terdiri daripada 15 mangsa, dijangka tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10 pagi. Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

10 daripada 16 mayat rakyat Malaysia terdiri daripada penumpang dan kru pesawat MH17 yang sudah dikenal pasti identitinya, disahkan bukan beragama Islam. Seramai empat wakil agama bukan Islam dari Malaysia juga sudah berlepas ke Amsterdam, Belanda untuk menguruskan mayat rakyat Malaysia bukan beragama Islam yang terkorban dalam nahas penerbangan MH17.

Check Also

carta keputusan Liga Super 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018

Keputusan Liga Super 10 Februari 2018. Empat perlawanan Unifi Liga Super Malaysia 2018 berlangsung. Keputusan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *