Breaking News
Home » Berita » Mesin ATM Caj GST Melampau Tidak Benar

Mesin ATM Caj GST Melampau Tidak Benar

Mesin ATM Caj GST Melampau Tidak Benar. Perkara yang paling hangat jadi bualan tidak kira dimana saja termasuk media sosial dan kedai kopi adalah perkara yang berkaitan GST. Bermacam perkiraan  dan bermacam spekulasi tersebar di media sosial sehingga ada yang menjadi viral.

Anatar yang menjadi viral adalah berkaitan pengeluaran wang melalui mesin ATM dimana akan dikenakan caj GST melampau 6% berdasarkan jumlah wang yang dikeluarkan. Satu gambar resit pengeluaran wang daripada sebuah syarikat perbankan dan mesej telah menjadi viral dan tersebar berhubung cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan bermula 1 April ini. Berdasarkan mesej di gambar tersebut, secara automatik wang yang dimasukkan di Bank akan dikenakan GST apabila wang tunai dikeluarkan menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

GST melampau mesin ATM
GST melampau mesin ATM

Menurut satu laporan , Kastam menafikan sekeras-kerasnya gambar dan mesej viral yang tersebar luas berhubung pengeluaran wang tunai di mesin ATM.

Sepatutnya pengeluaran wang tunai hanya akan dikenakan GST apabila membuat pengeluaran menggunakan perkhidmatan MEPS. Sebagai contoh, kad CIMB bank yang dikeluarkan menggunakan mesin ATM Maybank akan dikenakan GST. Jika menggunakan mesin ATM CIMB tidak akan dikenakan GST. GST tidak dikenakan kepada jumlah pengeluaran wang tunai tetapi bagi setiap transaksi pengeluaran iaitu sebanyak RM1.06 berbanding RM1 sebelum ini.

Jadi kepada semua rakyat Malaysia, diminta memastikan setiap maklumat yang ada dimedia sosial diselidik kesahihannya sama ada benar atau sekadar auta.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *