Breaking News
Home » Santai » Merokok Selepas Berbuka Puasa Boleh Bawa Maut

Merokok Selepas Berbuka Puasa Boleh Bawa Maut

Merokok Selepas Berbuka Boleh Bawa Maut ?  ermm itu kata pakarlah yang menyelidik perkara ini. Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas. 


Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku. Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol. Ia boleh menyebabkan perokok maut.

Jadi macam mana sekarang ? kalau tak tahan benar nak merokok tu kenalah sabar biar lama sikit lepas berbuka.Biar badan pulih dulu..alahai 14 jam boleh tahan takkan sejam 2 tak merokok dah pitam? hehe..

Olahan dari sumber BH Online

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *