Breaking News
Home » Uncategorized » Mereka Penderhaka !!!!!

Mereka Penderhaka !!!!!

Komunis dan golongan berhaluan kiri di Tanah Melayu tidak layak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan sebaliknya sebagai penderhaka kerana cuba menghapuskan sistem kerajaan Melayu yang dilindungi British untuk menggantikannya dengan negara republik komunis.Golongan nasionalis Melayu yang pada asalnya ingin memerintah di Tanah Melayu bersekongkol dan bersubahat dengan parti komunis untuk merealisasikan hasrat itu.Ini bukan perjuangan tapi rampasan kuasa yang tidak sah.Bukan aku kata,tapi ini adalah kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN).

MPN juga menyatakan,Tanah Melayu terjajah selama 400 tahun adalah tidak benar sebaliknya Tanah Melayu hanya dijajah selama dua tahun iaitu semasa zaman Malayan Union pada awal tahun 1946 hingga akhir tahun 1947 dan semasa zaman Jepun.Hanya tiga negeri di Tanah Melayu yang dijajah iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, manakala negeri-negeri Melayu yang lain, statusnya adalah negeri yang dilindungi.Baru pertama kali aku dengar fakta ni..nanti selidik lagi.

MPN juga menasihatkan orang ramai yang keliru dengan fakta sejarah supaya mencari sumber yang betul termasuk membaca buku-buku yang diiktiraf dan bukan hanya mempercayai apa yang ditulis dalam internet.

Sekadar perkongsian untuk difikirkan –Sumber

Check Also

keputusan piala malaysia 18 julai

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017. Aksi TM Piala Malaysia kembali dengan 8 perlawanan berlangsung …

14 comments

  1. haiyoooooo
    rindu malaysia ku dahulu

  2. Sama2 lah kita belajar sejarah semula..tapi ingat jgn baca yg ‘sudah tercemar’..nanti ilmu pun lain

  3. aik abis tu yang portugis tu salah ke ? hurmm musykil =-=

  4. Freaky : tengah fikir..tapi masa portugis tu bukan tanah melayu..hanya melaka je..pada tahun 1511..masa tu mana ada tanah melayu..apa yang aku faham ler..haha..aku tengah belajar sejarah balik ni..sebab ini subjek high score aku dulu..haha..aku suka kaji sejarah..

  5. sakit otak je…
    buat penat belajar dapat A sejarah …
    ada gak org nk putar belik … ==’

  6. komunis dan parti haluan kiri dlu jgk pernah memperjuangkan kemerdekaan..

  7. menyerabutkn semula tentang sejarah negara kita.. err..

  8. merdeka yang belum merdeka..

  9. merdekakah negara kita sepenuhnya??huhu

    penat2 je aku belajar sejarah kat sekolah hingga skor A huhu..

    “MPN juga menyatakan,Tanah Melayu terjajah selama 400 tahun adalah tidak benar sebaliknya Tanah Melayu hanya dijajah selama dua tahun iaitu semasa zaman Malayan Union pada awal tahun 1946 hingga akhir tahun 1947 dan semasa zaman Jepun.Hanya tiga negeri di Tanah Melayu yang dijajah iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, manakala negeri-negeri Melayu yang lain, statusnya adalah negeri yang dilindungi”..yang neh aku baru tau huhu..

    terjajah??camner terjajah tuh…haiyaa..kira cam lawatan sambil belajar ke heheh

  10. boleh ke sejarah di ubah?macam2 hal la..!

  11. bermakna jawapan aku time sekolah dulu iaitu pada 31 ogos 1957 tanah melayu merdeka dan bebas dari penjajahan British kira salah laaa…tp cikgu bagi aku markah penuh masa tu…cikgu laaa yang salah ni…huhuhu pening2.

  12. banyak sgt nak di putar belitkan tu yg mcm ni.. nanti jgn anjakan batu sempadan kawasan tanah pingir den tu dah la.. kih kih kih

  13. matlamat komunis nak jadikan negara ini sebagai negara komunis yang bergabung dgn vietnam , kemboja dan china seperti negara gabungan kesatuan Soviet…

  14. “macamana ni,sejarah dah di putar belit kan…generasi sekarang tentu konfius…nanti buku2 sejarah nak di rombak pulak ker?…”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *