Home » Santai » Mercun Punya Hal Tak Dapat Beraya Dah , Apo Nak Dikato

Mercun Punya Hal Tak Dapat Beraya Dah , Apo Nak Dikato

Mercun , mercun .. mercun. Kalau musim perayaan ini memang sana-sini akan berdentum. Dari yang setakat bunyi macam cengkerik sampailah kepada yang bergegar gegendang telinga. Bukan sahaja kanak-kanak tapi yang dewasa turut bersama. Bukan tujuan aku nak mengomel kat sini melarang korang main mercun sebab memasing dah tahu dah sama ada perlu main atau tak..kan ..kan..kan. 
Macam yang aku terbaca kat akhbar ni, kerana mercun tak dapat beraya dengan keluarga..Tak ke haru tu..siapa yang tak nak beraya dengan keluarga.. Apa yang aku baca ini bukan sebab kena terlentang atas katil hospital ke apa tapi terpaksa termenung dalam penjara akibat mercun gara-gara ditahan polis atas kesalahan membawa mercun.
Antara petikan dalam Kosmo , Hanya kerana 48 butir mercun, seorang petani terpaksa menyambut hari raya dalam tirai besi selepas dijatuhi hukuman penjara selama 10 hari. Dia didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Mujur 10 hari , tapi jika dikira tarikhnya.. 1 syawal memang dalam penjara le gamaknya..apo nak dikato. Jadikan ini sebagai tauladan buat semua.


Check Also

kau aku kita raya

Sinopsis Kau Aku Kita Raya

Sinopsis Kau Aku Kita Raya. Pasti ramai yang masih ingat akan drama Kau Aku Kita …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *