Home » Kesihatan » Menu Terbaik Sarapan Pagi

Menu Terbaik Sarapan Pagi

Menu Terbaik Sarapan Pagi. Bangun pagi biasanya rasa lapar adalah perkara biasa. Sebelum memulakan tugas bag yang berkerja jangan lupa ambil sarapan dahulu untuk memastikan anda mempunyai bekalan tenaga yang cukup untuk kekal cergas.

Ramai yang risau untuk bersarapan. Betul ke ? Ada yang takut gemuk jika bersarapan itu satu tanggapan yang salah kerana sarapan yang baik sebenarnya tidak akan membuatkan anda gemuk jika betul caranya. Ambil sahaja makanan yang bersesuaian dengan aktiviti dan keperluan tenaga sepanjang hari. Ada beberapa jenis makanan yang terbaik dan sesuai untuk anda sebagai menu sarapan pagi.

Tahukah anda telur kaya dengan protein dan tinggi kalori. Selain itu, telur juga mengandungi nutrien penting seperti choline yang penting untuk daya ingat serta ‘karoten’ dan ‘zeaxanthin’ yang sangat baik untuk kesihatan mata. Jadi bagus jika ambil telur sebagai menu pagi anda.

Buah berry terdiri daripada kaum keluarga seperti strawberi, blueberry, ceri serta anggur mengandungi tinggi antioksidan, vitamin C dan serat. Buah berry dikenali sebagai salah satu buah yang membantu membersihkan racun dalam tubuh. Buah ini juga dikatakan memiliki zat yang berfungsi sebagai anti kanser, dan membantu melawan pelbagai penyakit kerana faktor pertambahan usia.

Oatmeal juga adalah salah satu makanan yang bagus untuk sarapan pagi anda kerana oatmeal adalah makanan tinggi karbohidrat kompleks, sehingga mampu menyimpan energi selama berjam-jam. Pengambilan oatmeal akan membuatkan anda menjadi kenyang lebih lama kerana jenis makanan ini dihadamkan secara perlahan-lahan oleh tubuh.

Ambil pisang sebagai sarapan juga membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian. Nutrient yang terdapat pada pisang akan membantu mengawal tekanan darah, sehingga emosi kita menjadi lebih stabil dalam menghadapi hari. Selain itu, pisang juga akan menyumbangkan energi dan rasa kenyang yang lebih lama. Terdapat tiga nutrien dalam pisang iaitu serat, vitamin C dan pottassium.

Disarankan minum teh setiap pagi. Teh mengandungi zat jenis antioksidan iaitu flavonoid. Ia bagus untuk kecantikan kulit serta berguna untuk memperkuatkan daya ketahanan tubuh dan anti peradangan.

Bagaimana dengan saranan menu sarapan pagi terbaik diatas. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

Menu sarapan pagi yang sihat
Menu sarapan pagi yang sihat

sumber Wanita Online Magazine

Check Also

Trik Youtube

Trik Youtube Yang Harus Anda Tahu

Siapa tidak tahu akan Youtube. Boleh dikatakan jika anda seorang yang mengikuti perkembangan dunia media …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *