Home » Kesihatan » Menu Diet Rendah Kolesterol

Menu Diet Rendah Kolesterol

Menu Diet Rendah Kolesterol. Anda sedang berdiet? Ingin mengetahui contoh diet yang kurang kolesterol. Disini MySensasi kongsikan contohnya. Sebelum anda berdiet, apakah itu kolesterol? Kolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi. Badan kita memperoleh kolesterol daripada makanan yang bersumberkan haiwan di samping menghasilkan kolesterol sendiri di bahagian hati. Molekul kolesterol diangkut melalui darah dalam kapsul protein yang dikenali sebagai lipoprotein.

Menu Diet Rendah Kolesterol
Menu Diet Rendah Kolesterol

Jenis Kolesterol Dan Fungsi
Terdapat dua jenis kolesterol iaitu Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) dan Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein). Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) berkecenderungan dimendakkan dalam saluran darah yang menyebabkan penyumbatan salur darah dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) mencegah penyempitan saluran darah jantung dengan mengurangkan mendakan kolesterol dalam saluran darah. Oleh itu, ia menurunkan risiko serangan jantung.

 

Dibawah ada disertakan contoh menu rendah kolesterol yang boleh anda amalkan dalam pemakanan setiap hari

Sarapan Pagi:
Roti mil penuh + marjerin lembut 2 keping
Susu soya tanpa gula

 

Makan Tengah hari:
Nasi 1 mangkuk
Ikan masak singgang 1 ketul
Kobis tumis air ½ cawan
Kangkung tumis air ½ cawan
Minyak PUFA 1 sudu makan
Betik 1 keping

 

Minum Petang:
Sandwic sardin 2 keping
Teh + susu rendah lemak + gula ½ cawan + 1 sudu teh

 

Makan Malam:
Capati 1 keping
Ayam kari tanpa santan 1 ketul
Dhal ½ cawan
Bayam ½ cawan
Minyak PUFA 1 sudu makan
Jambu batu 1 keping

Baca Juga : Jenis Diet Yang Gagal

Check Also

Buah Betik mempunyai khasiat tersendiri

Khasiat Buah Betik

Khasiat Buah Betik. Betik adalah antara buah-buahan yang mudah didapati di Malaysia. Tidak perlu menunggu …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *