Home » Info Hiburan » Mentor Legend TV3

Mentor Legend TV3

TV3 sekali lagi bakal membawakan satu lagi rancangan hiburan rialiti tv yang diberi nama Mentor Legend . Seramai enam juara dan naib juara rancangan rialiti Mentor terbitan TV3 diberi peluang berentap dalam rancangan Mentor Legend.

Mentor yang terbabit ialah Amy Search, Zainal Abidin, Ella, Ajai, Mas Idayu dan Dayang Nurfaizah. Semua mereka telah memilih dua protege untuk dipertaruhkan, namun hanya seorang yang mereka perlu pilih untuk meneruskan cabaran.

MENTOR LEGEND TV3 GABUNGAN MENTOR TERBAIK RANCANGAN MENTOR

Mentor Legend TV3
Pemilihan protege bagi setiap Mentor akan diadili oleh juri profesional pada minggu ketiga konsert Mentor Legend. Daripada dua protege, Mentor hanya akan memilih seorang saja untuk berentap. Program Mentor Legend akan diterbitkan sebanyak 13 episod.
Program Mentor Legend ini masih mengekalkan format permarkahan kepada 3 bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus melalui undian SMS dan 20 peratus daripada juri awam yang terdiri dari kalangan pelajar muzik, wartawan dan golongan semi profesional dalam industri muzik.
Juara juga akan mendapat wang tunai RM150,000 dan trofi dari pihak penganjur. Kedua-dua protege dan Mentor naib juara akan membawa pulang wang tunai RM100,000 serta trofi. Mentor Legend akan disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9 hingga 10.30 malam.

Check Also

Keputusan ABPBH 30

Keputusan ABPBH 30 Anugerah Bintang Popular

Hari ini bersiaran secara langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian di TV3. Beberapa anugerah utama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *