Breaking News
Home » Berita » Menteri Besar Terengganu Letak Jawatan

Menteri Besar Terengganu Letak Jawatan

Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said Letak Jawatan – Melalui beberapa laporan akhbar hari ini , Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said sah meletakkan jawatan sebagai menteri besar Terengganu. Ahmad Said yang menjadi Menteri Besar Terengganu selama dua penggal dikatakan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sah meletak jawatan dan penggantinya akan mengangkat sumpah pada hari ini juga 12 Mei 2014. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman disebut-sebut sebagai pengganti menteri besar.



Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *