Menu Tutup

Menjelang Malam Penentuan

Gambar dari BH Online
Menjelang malam penentuan siapa bakal juara Piala Malaysia 2011.Malam ini pertembungan 2 pasukan antara Terengganu dan Negeri Sembilan.Terengganu dengan reputasi sebagai juara Piala FA tahun ini dan kejayaan menumbangkan Kelantan dan Selangor dalam laluan ke final memang menjadi pilihan banyak pihak untuk menjadi juara.Negeri Sembilan juga tidak harus dinafikan peluang,sebagai juara Piala Malaysia edisi 2009 dan naib juara 2010 menjadikan pasukan ini bukan mudah untuk ditundukan.Perlawanan akhir yang kali ketiga berturut-turut membuktikan Negeri Sembilan juga ada kualiti.
Selain itu,kontroversi harga tiket melampau yang melanda sebelum pertemuan tidak akan menghalang stadium dipenuhi penyokong fanatik kedua-dua pasukan.Demi penyokong juga persatuan negeri terpaksa memberi diskaun harga tiket untuk penyokong masing-masing.Jadi disini penyokong harus membalas dengan menjaga tingkah laku tanpa sebarang provokasi antara satu sama lain agar perkara tidak diingini berlaku.
Walaupun diatas kertas dan mengikut pilihan peminat bolasepak milik Terengganu,bagi aku hanya siapa yang berjaya menguasai padang malam ini ,dialah yang akan berpeluang menjadi juara.Rekod atas kertas hanya sebagai rujukan,cerita atas padang yang menjadi penentu kejayaan.Selamat berjuang buat kedua-dua pasukan..hobin jang hobin..peteh Ganu peteh..

Psstt : walaupun aku penyokong N9..entry aku tetap seimbangkan…haha..profesional katanya..wekk muntah..haha

12 Comments

  1. Syuxer

    hahahah sungguh profesional entri..;p..hope kat padang, mereka tunjukkan aksi yang menghiburkan..diramalkan hujan di selangor..hope tidak

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *