Breaking News
Home » Uncategorized » Mencari Redha Di Penghujung Usia

Mencari Redha Di Penghujung Usia

” Aku masih muda..lambat lagi mati..” kata seorang sahabat waktu aku borak borak kosong pagi tadi..
Terkedu aku sekejap memikirkan kata katanya.Benarkah usia muda menjamin kita tak akan mati hari ini..esok..lusa atau sesaat lagi..?

” Apalah engkau ni fikir fikir sangat..enjoy la dulu..dah tua sok buatlah amal ibadat ” satu lagi ayat keluar bila dia tengok aku diam..
Erm sekali lagi aku terfikir..betul ke kita ni di janjikan saat kematian hanya pada usia tua..?

Benar masa masih muda ni kita masih sihat..masih lagi ada upaya untuk bersuka ria..tapi haruslah berpada pada.Sebab saat tercabut nyawa tu tak pasti.Hanya Allah sahaja yang tahu.Dia yang mencipta dia yang memusnahkan.Masih tak nampakkah berapa ramai yang telah kembali pada usia muda.Kalau Allah nak ambil nyawa kita dia boleh buat dengan berbagai cara.Tengah tidur pun tercabut nyawa.Inikan pula atas jalanraya..dengan tiba2 je kemalangan yang boleh buat hilang nyawa.Itu tak kira sakit2 kronik lagi.

Aku masih terus bertanya..kenapa sahabatku masih tak sedar yang maut itu boleh datang tiba tiba? Terlalu jahilkah dia atau saja saja buat lupa perkara perkara yang terlalu mudah untuk kita faham sebagai manusia.Kenapa hanya pada usia tua baru mengharapkan keredhaan.Cukupkah dalam waktu sesingkat itu untuk kita mencari redha..itu pun kalau sempat sampai ke usia itu..Kalau tak sempat macam mana.? Ya Allah berilah petunjuk mu yang Allah..

p/s : maka saat-saat tercerabutnya nyawa dari badan akan merupakan saat-saat yang teramat pahit dan menderita. Tubuh ini laksana dibelit kawat berduri yang menghunjam ke setiap bagian otot, kemudian ditarik, sehingga tercabik-cabik dan tercerabut dari tulang.

” buat ingatan diri ini yang sentiasa mengharap keredhaanMu.”

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

8 comments

  1. kena sentiasa ingat ALLAH.. =)

  2. Mati itu pasti…hidup itu InshaAllah…

  3. Tak suka bila org cakap macam tu…
    Mati ni bila2 masa je..

  4. ingtkan mati, rasa kerdil sgt nak menghadap Ilahi.

  5. kdg2 kite ni telah di set..bhw mati time tua je….tu yg terjadi pemikiran mcm tu…huhuhu…

  6. setiap yg hidup pasti akan mati…

    so, jom sesama ingt mati.. bukan tika usia tua…sedarlah, tiap2 saat berlalu , usia semakin tua….

  7. teruskan fikir risau bimbang kat kawan tu … i.allah allah akan bantu ..

  8. Mati tak kira usia..sampai ajal pergilah kita.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *