Breaking News
Home » Uncategorized » Mencari Ramli , Dua Pemain Terpilih Sertai Latihan Di Manchester United

Mencari Ramli , Dua Pemain Terpilih Sertai Latihan Di Manchester United

Rancangan Mencari RamliDua pemuda , Ariff Farhan dari Kedah dan Adam Nor dari Selangor berjaya memenangi program Mencari Ramli yang disiarkan di TV9. Selama 13 minggu 30 peserta mengharungi cabaran dalam bolasepak dalam usaha mereka terpilih  bagi menyertai latihan intensif selama seminggu di Manchester United Soccer School dari 18 – 23 Ogos 2012 dan juga berpeluang menyaksikan pasukan Manchester United beraksi di Old Trafford. 

Mencari Ramli merupakan kesinambungan kempen Team Malaysia yang berhasrat mencari pemain-pemain bola sepak berbakat Malaysia yang satu hari nanti mungkin akan menjadi rakyat Malaysia pertama bermain dengan sebuah pasukan Liga Perdana Inggeris.

Mencari Ramli merupakan segmen tajaan TM, yang disiarkan di program Kaki Bola di saluran TV9. Selamat berjaya kepada mereka berdua.

VIDEO RAMLI PERNAH POPULAR SATU KETIKA DULU

Check Also

keputusan piala malaysia 18 julai

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017. Aksi TM Piala Malaysia kembali dengan 8 perlawanan berlangsung …

One comment

  1. kenapa tajuk dia mencari ramli…tatau pulak siri tv ni

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *