Breaking News
Home » Agama » Mencari Malam Lailatul Qadar

Mencari Malam Lailatul Qadar

Mencari Malam Lailatul Qadar. Pasti ramai yang akan ternanti-nanti saat ini bila tiba 10 malam terakhir ramadan. Malam yang sangat istimewa bagi umat islam yang menjaga amalan mereka. Bilakah malam lailatul qadar itu? Waktu dan bila masanya tidak dapat dinyatakan dengan jelas namun iaitu dipercayai berlaku pada 10 malam terakhir.

Mencari Malam lailatul qadar
Mencari Malam lailatul qadar

Lailatul Qadar atau malam al-Qadar diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Firman ALLAH SWT : Ertinya : “Malam al-Qadar lebih baik dari seribu bulan”  (Surah Al-Qadr : 2).

Pada malam ini jugalah Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadis ertinya : “Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat 10 malam terakhir Ramadan, tidak sebagaimana Baginda pada malam-malam yang lain” (Riwayat Muslim, no 1175 )

Banyak ayat al-Quran dan hadis menyebut keutamaan Lailatulqadar.

1. Malam lebih baik daripada seribu bulan. Firman ALLAH SWT, “Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan” (Surah Al-Qadr: 3).

Ulama tafsir mengatakan, dimaksudkan dengan lebih baik daripada seribu bulan adalah solat dan amalan pada Lailatulqadar adalah lebih baik daripada solat dan puasa selama 1,000 bulan yang tidak terdapat lailatulqadar. (Zaadul Masiir, 9/191)

2. Malam penuh keberkatan dan keselamatan. ALLAH berfirman: “Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Surah Al-Qadr: 4-5)

Malam itu adalah malam penuh keberkatan, kerana turunnya malaikat membawa rahmat dan berkata: “Malam yang sejahtera kerana banyaknya manusia terselamat daripada hukuman dan seksaan ALLAH kerana ketaatan yang mereka kerjakan pada malam tersebut.”

3. Malam pengampunan dosa lalu.Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang mendirikan solat pada Lailatulqadar, kerana iman dan mengharap pahala, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (Riwayat Bukhari)

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *