Home » Motivasi » Memberi sambil Beramal

Memberi sambil Beramal

Salam,masih bercuti? Penuhi waktu cuti anda dengan aktiviti yang berfaedah..apa yang penting waktu cuti ini adalah waktu untuk keluarga..yer lah kan kalau selama ini sibuk sangat dengan kerja,dapat masa cuti inilah untuk layan lebihkan keluarga.Hari ini apa yang aku nak cerita eh..ermm kepenatan ke Selangor semalam masih terasa..Ada sesuatu yang menarik tentang perjalanan aku ke Selangor semalam..

Apa yang menarik semalam adalah,tentang buah tangan untuk tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan.Selalu kalau aku pergi mana-mana cuma dapat jajan,bunga telur,cawan dan lain-lainlah.Korang pun biasa dapatkan.Pasti tahu.Tapi semalam tuan rumah selain beri jajan turut disertakan dengan buku kecil sebesar kotak CD sebagai buah tangan untuk tetamu.Apa yang menarik tentang buku kecil ini adalah tentang isi kandungannya.Buku kecil yang bertajuk AL-MA`THURAT Wirid Dan Doa Rasulullah S.A.W.Buku kecil yang dipenuhi dengan wirid dan doa Rasulullah.Terima kasih tuan rumah.

“Dan sebutlah akan Tuhanmu dalam hatimu,dengan merendah diri serta dengan perasaan takut dan dengan tidak pula menyaringkan suara,pada waktu pagi dan petang.Dan janganlah engkau tergolong daripada orang yang lalai” [Surah al-A`raf]
Rasulullah SAW sentiasa berzikir dan berdoa.Antara waktu yang paling kerap Rasulullah berzikir dan berdoa ialah pada waktu pagi dan petang.

Check Also

The Red Warriors

Nama The Red Warriors Akan Ditukar ?

Nama The Red Warriors Akan Ditukar ? Itulah persoalan yang mungkin bermain difikiran peminat bolasepak …

3 comments

  1. Wah, bagusnya tuan rumah tu!

  2. Betul tu..sekarang ni dah ramai kat tempat diana yang wat camtu Kiz..yang lebih mampu, mereka hadiahkan senaskah Al-Quran yang kecil..bagus kan 🙂

  3. kat tempat cunndaa, rata2 org bg Yaasin sbg gift untuk tetamu yg hadir, selain tu ada jugak jajan spt gula2 n jelly..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *