Home » Berita » Melaka Haramkan Bekas Makanan Polisterin

Melaka Haramkan Bekas Makanan Polisterin

Melaka Haramkan Bekas Makanan Polisterin. Nampak satu langkah proaktif dilakukan oleh kerajaan Negeri Melaka dalam menjaga alam sekitar. Kerajaan Melaka akan mengharamkan penggunaan bekas makanan diperbuat daripada polisterin bermula 15 Mei 2015.

Permis yang terlibat adalah :-
– kafe di bangunan kerajaan
– premis makanan pihak berkuasa tempatan
– sekolah

Jadi selepas ini tiada istilah tapau lagi dalam bekas polisterin di semua premis yang dinyatakan diatas.

Tujuan pengharaman penggunaan polisterine adalah langkah fasa pertama program ‘Melaka Tanpa Polisterin‘ bertujuan mengurangkan penggunaan bahan polisterin yang sukar diurai dan menjejaskan alam sekitar. Fasa berkenaan akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula September 2015 sebelum diperluaskan ke semua premis makanan di seluruh Negeri Melaka termasuk di bangunan swasta.

sebagai pilihan , peniaga dan orang ramai digalak menggunakan bekas makanan jenis biodegradasi atau mudah diurai seperti yang diperbuat daripada hampas tebu dan jagung. Jika peniaga ingkar mematuhi arahan ini tidankan tegas bakal dikenakan.

bekas makanan polisterin
bekas makanan polisterin – sekadar hiasan

sumber BH Online

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *