Home » Berita » Mayat Berkafan Dalam Semak

Mayat Berkafan Dalam Semak

Mayat Berkafan Dalam Semak. Satu mayat yang seakan dikafankan dengan dibalut dengan kain selimut ditemui dalam semak di kawasan Perindustrian Science Park Bukit Tengah , Bukit Mertajam.

Menurut laporan , mayat lelaki dipercayai warga asing berusia lingkungan 30-an itu, ditemui jam 2 petang tadi oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan dan mayat itu telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Pihak Polis meminta saksi yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini untuk tampil membantu siasatan Polis dengan menghubungi mana-mana balai Polis berdekatan.

Mayat berkafan dalam semak
Mayat berbungkus dengan kain selimut bercorak bunga warna merah ditemui oleh orang ramai berhampiran Bulatan kawasan Perindustrian Science Park Bukit Tengah.

sumber Bernama

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *