Breaking News
Home » Teknologi » Maxis Kurangkan 50 Peratus Harga

Maxis Kurangkan 50 Peratus Harga

Maxis Kurangkan 50 Peratus Harga Pelan Tablet Hotlink. Mungkin ini satu berita baik buat pelanggan Maxis kerana syarikat telekomunikasi itu akan mengurangkan 50% harga pek sim Pelan Tablet Hotlink mulai 1 Mei 2015.

Harga bagi pelan prabayar tablet itu dikurangkan daripada RM60 kepada RM30 dengan data 1 Gegabait (GB) percuma dan tempoh sah selama 365 hari. Pengurangan harga itu termasuk pilihan tambah nilai 1GB pada RM25 daripada harga semasa RM30 dan sah selama 60 hari. Maxis turut akan memperkenalkan tambah nilai data 2GB pada RM45 dan sah selama 365 hari

Pelan Tablet Hotlink
Pelan Tablet Hotlink – gambar hiasan sumber Amanz.my

Dengan pengurangan harga pelan tablet ini membolehkan pelanggan Maxis menikmati rangkaian evolusi jangka panjang generasi keempat dengan lebih cepat dan luas. Pelan ini akan melibatkan pelanggan sedia ada dan bagi pelanggan baru, hanya perlu membeli pek sim yang direka khas di Maxis Centre atau peniaga Hotlink.

sumber Bernama

Check Also

sembangchat

Aplikasi SembangChat

Aplikasi SembangChat adalah aplikasi bual pertama yang dibangunkan di Malaysia hasil kerjasama Teknik Padu Sdn Bhd. SembangChat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *