Breaking News
Home » Uncategorized » Maut Beri Nyawa | Ajal Selepas Bantu 3 Murid

Maut Beri Nyawa | Ajal Selepas Bantu 3 Murid

Maut Beri Nyawa | Ajal Selepas Bantu 3 Murid.
Inilah yang di katakan ajal.Bila bila masa dan di dalam apa jua keadaan pasti dia akan tiba.Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki seperti yang di laporkan harian metro 7-5-2011 hari ini.Seorang lelaki menyelamatkan tiga mangsa lemas di Pantai 2 Telok Kemang, di sini, kelmarin, menemui ajal sejurus memberi bantuan pemulihan pernafasan (CPR) kepada seorang mangsa

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Zulkifly Hamzah, 43, rebah sebaik selesai memberi bantuan pernafasan kepada seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang lemas ketika mandi di kawasan itu.
Sejurus memberi CPR kepada seorang daripada murid berkenaan, Zulkifly rebah dan tidak sedarkan diri di situ.


Zulkifly meninggalkan seorang isteri, Norhayati Ahmad, 39, dan juga tiga anak, Ilyasa Zulkifli, 14, Idham Syah, 9, dan Izuwan Shah, 8.
3 murid yang lemas itu selamat dan kini di rawat di hospital port dickson.
Al-fatihah buat arwah zulkifly.

sumber

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

6 comments

  1. Al fatihah..

  2. besarnya pahala beliau kerana menyelamatkan mangsa lemas…semoga roh dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman…insyaAllah

  3. np dia rebah? dia da masalah jantung ek..

  4. np dia rebah? dia da masalah jantung ek..

  5. saya wakil bg pihak keluarga dan balu Allahyarham mengucapkan terima kasih kepada anda yang prihatin tentang pemergian arwah.. sama2 lah kita sedekahkan al fatihah untuk allahyarham semoga beliau ditempatkan Allah dalam kalangan hambanya yang beriman dan beramal soleh.. pemergiannya amat terasa sehingga sekarang.. Al-fatihah..

  6. saya wakil bg pihak keluarga dan balu Allahyarham mengucapkan terima kasih kepada anda yang prihatin tentang pemergian arwah.. sama2 lah kita sedekahkan al fatihah untuk allahyarham semoga beliau ditempatkan Allah dalam kalangan hambanya yang beriman dan beramal soleh.. pemergiannya amat terasa sehingga sekarang.. Al-fatihah..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *