Home » Info Sukan » Mat Kojek Bakal Ke Bukit Jalil

Mat Kojek Bakal Ke Bukit Jalil

Mat Kojek Bakal Ke Bukit Jalil. Siapa Mat Kojek ? Kepada yang aktif dalam facebook terutama dalam page sukan pasti tahu siapa dia. Permintaan dia untuk bersama menyaksikan aksi final Piala FA antara Kelantan dan Lions menjadi viral dalam laman sosial itu.

mat kojek
mat kojek

“Saya tak cukup wang untuk menyaksikan final di Stadium Nasional, Sabtu ini…tak cukup wang beli tiket perlawanan dan tambang bas,” – Mat Kojek ( bahasa asal dalam loghat klate )

Permintaan beliau mendapat respon positif dari pengguna laman sosial itu sehingga turut menarik minat Kelab Penyokong TRW untuk membantu beliau dapat bersama ke Bukit Jalil sabtu ini.

Kelab penyokong TRW Kota Bharu (TRWKB) berhasrat untuk membawa Mat Kojek bersama mereka bagi menyaksikan perlawanan akhir itu nanti. Presidennya TRWKB, Mohd Zainy Mohd Zain berkata pihaknya berbesar hati untuk menampung perbelanjaan Mat Kojek untuk perlawanan final itu nanti.

mat kojek ke bukit jalil
mat kojek ke bukit jalil

FOOTBALL … IS ABOUT RESPECT

 

Check Also

Keputusan Final Piala FA 2017

Keputusan Final Piala FA 2017 Pahang vs Kedah

Hari ini berlangsung aksi kemuncak Piala FA Malaysia 2017. Pertemuan Pahang dan Kedah di Stadium …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *