Breaking News
Home » Uncategorized » Masih Ada Rindu Untuknya

Masih Ada Rindu Untuknya

Masih terdengar lembut bicara
mengalun syair kerinduan
melaung kata dengan lantang
menyata cinta yang kian bertandang

Deras angin menjadi perlahan
Bising unggas menjadi terdiam
hanya kerana ingin mendengar
kalimah keramat yang kau lafazkan

Namun badai tidak di undang
melanggar tembok yang kian renggang
hanyut hati di amuk amarah
pecah rindu di palu dendam

Akhirnya kisah dalam kenangan
rindu dalam bayangan
kasih tidak kesampaian
cinta yang kehampaan..

Namun cuma ku tanya hati..
Masihkah ada rindu untuknya..???

Coretan : Kiz
Disuatu sudut kamar minda

Kizmyself Aku Dan Sesuatu

Check Also

najib letak jawatan

Najib Letak Jawatan Presiden UMNO Dan Pengerusi BN

Najib Letak Jawatan Presiden UMNO Dan Pengerusi BN. Akhirnya setelah banyak desakan dari kalangan dalam …

One comment

  1. *thumbs up*<br /><br />teruskan menulis ea…;)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *