Home » Info Hiburan » Marsha Milan Nikah 31 Disember 2015

Marsha Milan Nikah 31 Disember 2015

Marsha Milan Nikah 31 Disember 2015. Pasti ramai yang mengenali penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh. Artis yang lahir dari program Akedemi Fantasia itu bakal melangsungkan majlis pernikahan pada 31.12.2015 ini. Majlis pernikahan akan diadakan di Pulau Pinang manakala majlis resepsi akan diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Januari 2016.

Marsha Milan Londoh
Marsha Milan Londoh peluk islam dan bakal bernikah pada 31 disember

Calon suami Marsha adalah Mohamed Shaiful Nizam bin Dato Seri Hj. Mohamed Ismai, 29 tahun yang berasal dari Pulau Pinang yang juga merupakan seorang ahli perniagaan. Pasangan itu telah pun mengikat tali pertunangan pada 14 Disember 2015 dalam satu majlis ringkas yang diadakan di kampung Marsha di Sabah.

Selain itu, Marsha mengakui sudah pun memeluk Islam beberapa minggu yang lalu dan masih menggekalkan nama asal Marsha Milan Londoh. Tarikh dan lokasi pengislaman dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Semoga Marsha majlis perkahwinan kedua pasangan ini dipermudahkan dan kekal hingga akhir hayat. Tahniah Marsha Milan Londoh.

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *