Home » Info Sukan » Markaz Boys Of Straits

Markaz Boys Of Straits

Markaz Boys Of Straits. Pernah dengar nama Boys Of Straits atau B.O.S ? Mungkin bagi peminat tegar bolasepak tempatan atau dikalangan ahli-ahli ultras tidak kira dari pasukan mana pun pasti tahu akan kewujudan kelompok penyokong JDT ini.

Apa yang menarik berkaitan B.O.S untuk musim ini adalah kerjasama rapat pihak pengurusan pasukan JDT atau Persatuan Bolasepak Negeri Johor sendiri yang telah menyediakan satu kawasan bagi Boys Of Straits beroperasi. Apa yang menarik lokasi ini adalah didalam kawasan stadium dan memang strategik. Pusat operasi B.O.S akan dikenali sebagai Markaz Boys Of Straits.

Markaz Boys Of Straits
Markaz Boys Of Straits

Markaz Boys Of Straits akan dirasmikan dengan perkenan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) pada 30hb Januari 2015.

Dengan wujudnya Markaz Boys Of Straits di kawasan stadium, pasti akan memudahkan kelab penyokong ini menjalankan aktiviti melibatkan penyokong seperti pergerakan, jualan barangan atau koleksi pasukan JDT. Paling menarik, pihak Persatuan Bolasepak Negeri Johor juga bakal menyediakan bas rasmi untuk Boys Of Straits untuk mengikuti rombongan perlawanan di tempat lawan.

Bas BOS JDT
Bas BOS

sumber

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *