Breaking News
Home » Info Sukan » Mario Gomez Ganti Bojan Hodak Di JDT

Mario Gomez Ganti Bojan Hodak Di JDT

Mario Gomez Ganti Bojan Hodak Di JDT. PBNJ membuat pengumuman yang Mario Gomez bakal mengantikan Bojan Hodak selaku jurulatih JDT. Perkara itu disahkan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim ( TMJ ).

Mario Gomez bekas penolong jurulatih kelab Valencia dan Inter Milan dan kini bersama kelab South China. Beliau dijangka akan memulakan tugas jumaat ini setibanya dari HongKong.

Dibawah adalah petikan dari laman Facebook Johor Southern Tigers berkaitan merehatkan Bojan Hodak selaku jurulatih JDT.

Bojan Hodak
Bojan Hodak

Saya ingin memaklumkan kepada penyokong kami bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) telah memberi pelepasan kepada Bojan Hodak daripada tugasnya, dan akan direhatkan. Beliau akan dilepaskan sepenuhnya setelah tamat kontrak. Bojan telah melakukan tugas yang cemerlang dengan membantu kami memenangi kejuaraan liga pada tahun lepas dan memenangi Piala Sumbangsih pada awal tahun ini. Kelab, diri saya, dan semua pemain telah memperolehi banyak pelajaran berguna daripada Bojan. Beliau mempunyai pengetahuan yang sangat bagus mengenai bola sepak Malaysia, dan saya percaya bahawa dia akan mencapai kejayaan di mana sahaja dia pergi pada masa akan datang. Namanya akan terpahat dalam sejarah kita. Beliau juga akan diingati sebagai jurulatih import yang paling berjaya di negara ini dan merupakan seorang rakan yang baik. Bagi pihak PBNJ dan semua kakitangan kejurulatihan dan pemain, kami ucapkan selamat berjaya kepada Bojan Hodak dan semoga sentiasa diberkati Tuhan.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

 

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *