Home » Info Sukan » Manuel Pellegrini Mahu Frank Lampard Kekal Di Man City

Manuel Pellegrini Mahu Frank Lampard Kekal Di Man City

Manuel Pellegrini Mahu Frank Lampard Kekal Di Man City. Pihak pengurusan Manchester City masih lagi berunding dengan New York City FC, kelab yang dinaunginya untuk menentukan statusnya selepas tempoh pinjaman tamat. Bagaimanapun, keputusan itu hanya dapat diketuai selepas Hari Krismas.

Frank Lampard pemain pinjaman man city
Frank Lampard

Tempoh pinjaman Frank Lampard di Manchester City akan berakhir pada awal Januari 2015. Bagaimanapun pengurusan The Citizens berharap dapat mempertahankan pemain tengah ini kerana prestasinya yang cemerlang.

Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini berkata, Lampard merupakan seorang pemain yang begitu cemerlang.

“Saya ulang lagi bahawa Frank merupakan pemain yang sangat penting. Saya amat berharap dia akan bertahan lebih lama di sini. Saya juga berharap rundingan dapat berjalan lancar dan kedudukan Lampard dapat dipastikan dalam beberapa hari lagi,”

Frank Lampard berjaya menjaringkan 6 gol dalam 15 perlawanan bersama Man City setelah dipinjamkan dari New York City FC.

Check Also

Leicester City EPL Champions 2015-2016

Kisah Dongeng Leicester City

Kisah Dongeng Leicester City mungkin akan menjadi kisah yang paling hangat pada zaman moden ini. …

One comment

  1. Frank Lampard seorang legend bolasepak EPL

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *