Home » Berita » Manoharan Mohon Maaf Pada Lee Chong Wei

Manoharan Mohon Maaf Pada Lee Chong Wei

M. Manoharan Mohon Maaf Pada Lee Chong Wei – Hari ini Adun Kota Alam Shah , M. Manoharan yang membuat kenyataan di twitter yang memperkecilkan Lee Chong Wei selepas pemain badminton itu tewas kepada Lin Dan dalam final badminton olimpik 2012 memohon maaf kepada pemain itu serta keluarganya menerusi twitternya. 
Antara petikan laman twitternya “Saya secara ikhlas berharap permintaan maaf saya akan diterima,” . Selain itu beliau turut menulis mesej susulan permohonan maaf kepada Lee Chong Wei ”  saya amat menyesal dengan komen-komen yang saya keluarkan dan menghulur permohonan maaf sepenuh hati kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya,“. 

Sebelum ini Manoharan mendapat kecaman berbagai pihak atas kenyataan di twitter yang ditulisnya yang memperkecilkan Lee Chong Wei serta berbaur politik. Apa yang dapat dilihat rakyat Malaysia bersatu hati dalam isu ini demi semangat patriotik atas nama Malaysia. Tahniah rakyat Malaysia.

Bagi aku cakap selepas ini tidak akan timbul lagi isu seperti ini. Tak kira siapa walaupun pemimpin, fikir sebelum mengeluarkan kenyataan di laman sosial.


pesanan bawah : Sukan itu perpaduan , politik itu perpecahan.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *