Home » Uncategorized » Mangsa Banjir Semakin Meningkat Di Kelantan Dan Terengganu

Mangsa Banjir Semakin Meningkat Di Kelantan Dan Terengganu

PERKEMBANGAN BANJIR DI KELANTAN DAN TERENGGANU
Seramai 1,892 menjadi mangsa banjir di Kelantan dimana semakin meningkat berbanding semalam (24 November 2011 )cuma 1420 orang.Di Kelantan kawasan Pasir Mas merupakan kawasan yang paling terjejas dimana 16 pusat pemindahan telah di buka setakat hari ini.Paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, berada pada paras bahaya manakala laluan di Machang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat masih ditutup kepada lalu lintas.

Mangsa banjir di Terengganu yang masih berada di pusat pemindahan berkurangan kepada 1,236 pagi ini berbanding 2,404 orang petang semalam.Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Terengganu berkata enam daerah yang masih dilanda banjir ialah Besut, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang, dan Setiu.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *