Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Manfaat Mayonis Pada Rambut Anda

Manfaat Mayonis Pada Rambut Anda

Manfaat Mayonis Pada Rambut Anda. Tahukah anda apa itu mayonis? atau anda hanya tahu makan sahaja tanpa kenal apa yang anda makan? Kalau begitu teruskan sahaja minat anda yang mendalam dalam bidang tukang rasa masakan. Berbalik pada mayonis tadi , memang ada kelebihannya dalam perkara lain selain dari penghias perut yang kelaparan. Percaya atau tidak mayonis ada manfaat buat rambut anda jika anda tahu menggunakannya..

Mayonis sebenarnya boleh digunakan sebagai perawat rambut yang bermasalah. Sebotol sudah cukup untuk anda berjimat dari bayar mahal untuk satu rawatan rambut.

Rawatan Rambut Guna Mayonis
Mayonis sesuai untuk rawatan rambut – gambar hiasan sahaja

MELEMBABKAN RAMBUT YANG KERING
Ciri asal iaitu lembap yang ada pada mayonis mampu melembabkan rambut malah mengekalkan nutrisi rambut hingga ke akar. Ini bermakna, ia sangat sesuai dipakai oleh individu yang mempunyai masalah seperti rambut rosak dan kering.

MENJADIKAN RAMBUT TIDAK BERCABANG
Antara ciri rambut yang tidak sihat adalah rambut yang terbelah dua di hujung helaian atau lebih di kenali sebagai masalah rambut bercabang. Protien yang terkandung dalam sebotol mayonnaise mengandungi protien yang mampu mengurangkan masalah rambut bercabang serta ia juga dapat menebalkan rambut serta membuatkan rambut kelihatan lebih bersinar dan segar.

MENIMBANGKAN PH RAMBUT
Tahukah kamu, salah satu ramuan membuat mayonnaise adalah campuran cuka ? Campuran ini mampu membantu mengimbangkan kandungan PH yang ada pada rambut serta meningkatkan kesuburan setiap helaian rambut.

MELINDUNGI DARI SINAR MATAHARI
Selain daripada itu, mayonnaise juga mampu melindungi rambut dari terkena sinar matahari. Ia juga boleh dijadikan sebagai masker rambut setiap hujung minggu. Jadi, jika kamu mengamalkan perawatan ini usah bimbang untuk terus kekal aktif di bawah terik matahari.

Jadi sekarang anda sudah tahu bahawa  mayonis juga boleh digunakan sebagai medium untuk rawatan rambut. Apa tunggu lagi , jom cuba..sebotol mayonis , berbagai manfaat untuk rambut.

sumber majalah remaja

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

2 comments

  1. kena beli dua botol la macam ni…satu untuk makan dan satu lagi untuk rambut…hehehe

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *