Breaking News
Home » Info Sukan » Manchester United Bakal Belanja Besar Lagi

Manchester United Bakal Belanja Besar Lagi

Kepada peminat EPL terutama kelab Manchester United ( Man Utd ) pasti teruja dengan khabar ini. Kelab itu dikatakan bersedia untuk berbelanja besar sekali lagi untuk membawa lebih ramai pemain bertaraf bintang pada akhir musim ini.

Man Utd

Sebelum ini pada awal musim 2014/2014 , Man Utd dibawah pengurus Louis Van Gaal berbelanja besar dengan membawa beberapa pemain bintang secara tetap mahupun pinjaman.Man Utd memecah rekod pembelian Liga Perdana Inggeris EPL menerusi Angel Di Maria iaitu sebanyak £59.7 juta.

Menurut beberapa laporan , Man Utd sekali lagi akan membuat pembelian pemain pada akhir musim ini dengan beberapa pemain utama bertaraf bintang bakal menjadi buruan kelab itu. Antara pemain yang bakal menjadi buruan  pertahanan kanan Barcelona, Dani Alves, pemain sayap Bayern Munich, Arjen Robben, pertahanan tengah Borussia Dortmund, Mats Hummels, pemain tengah Atletico Madrid, Diego Godin dan pemain tengah pertahanan Roma, Kevin Strootman.

Selain itu , penyerang pinjaman Radamel Falcao turut akan ditawarkan kontrak pemain tetap dengan nilai sebanyak £46 juta.

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *