Home » Info Sukan » Manchester City Hampiri Kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2011/2012

Manchester City Hampiri Kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2011/2012

Manchester City semakin menghampiri kejuaraan Liga Perdana Inggeris bagi musim 2011/2012 setelah membenam cabaran Newcastle 2-0 semalam.Kekalahan ini juga meletakkan Newcastle sedikit sukar dalam usaha mereka menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan teratas liga untuk melayakkan bermain dalam Liga Juara-Juara musim depan.
Manchester City hanya perlu memastikan kemenangan milik mereka dalam perlawanan terakhir bertemu QPR untuk menjulang kejuaraan buat kali pertama sejak 44 tahun.Manakala pencabar terdekat iaitu juara bertahan Manchester United terus memberi tekanan dengan kemenangan 2-0 keatas  Swansea.City dan United kini berkongsi mata namun kelebihan berpihak kepada City dengan kelebihan perbezaan 8 gol.
Senario yang menarik di penghujung musim Liga Perdana Inggeris dimana Manchester City hanya perlu menang manakala Manchester United perlu jaringan yang besar dalam perlawanan terakhir mereka menentang Sunderland..

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *