Breaking News
Home » Uncategorized » Mana Hilangnya Juwita ? Ada Sesiapa Tahu

Mana Hilangnya Juwita ? Ada Sesiapa Tahu

Mana Hilangnya Juwita ? .. satu persoalan yang perlu dirungkai dan dijawab. Siapa pula Juwita yang hilang itu ? Apa sebab dan dalang disebalik kehilangan Juwita? Yeahh.. segalanya bakal terjawab dengan kemunculan sebuah drama bersiri Mana Hilangnya Juwita. Drama bersiri ini bakal disiarkan di saluran Astro Ria bermula 9 Julai ini. Drama Mana Hilangnya Juwita ini bakal membariskan pelakon seperti  Erra Fazira, Umie Aida, Lisa Surihani, Zahiril Adzim, Azhan Rani, Syazwan Zulkifili, Raja Ilya dan Diana Johor.

Mana Hilangnya Juwita ?

Drama ini menjadikan isu kehilangan remaja sebagai asas kepada jalan ceritanya. Satu pembaharuan yang harus dibanggakan dari terus menyajikan kisah cinta yang tak berkesudahan. 


Sinopsis drama ini bermula dengan Anggun, kakak Juwita yang ingin membongkar kehilangan adiknya. Anggun, gadis kampung merantau ke bandar setelah mendapat tahu Juwita hilang. Juwita yang selama ini menjalani kehidupan sebagai pelajar dan juga model separuh masa di ibu kota disyaki terlibat dalam kancah pelacuran dan kegiatan dadah.   Dua minggu sebelum kejadian kehilangan Juwita diketahui, sebuah parti liar telah dianjurkan di ibu kota . Semua model-model popular dan orang bandar menghadiri parti tersebut. Pelbagai insiden berlaku di parti itu sehinggakan sekujur tubuh kelihatan dihapuskan. Adakah itu Juwita?   


Akibat tidak dapat menghubungi Juwita selama beberapa hari, Anggun tidak dapat duduk diam. Nalurinya mendapati ada sesuatu yang buruk menimpa Juwita. Berbekalkan alamat yang diberikan Juwita setahun yang lalu, Anggun mengambil keputusan untuk ke bandar bagi mencari adiknya. Dalam perjalanannya ke Kuala Lumpur , dia terlibat dalam kemalangan dan hampir dirogol oleh orang mabuk yang berkeliaran di flat usang. Anggun ingin melaporkan kehilangan Juwita dibalai polis, namun Detektif Yuni menasihatkannya agar tunggu terlebih dahulu. Akibat terdesak, Anggun menghubungi Haider, bekas kekasihnya untuk mendapatkan bantuan. Mereka sudah lama tidak bertemu selepas Haider mengambil keputusan untuk merantau ke kota kerana patah hati. Adakah bantuan itu berhasil? Dapatkan Anggun membongkar misteri kehilangan Juwita? Adakah Juwita benar-benar terlibat dalam kancah maksiat ibu kota ?  


Saksikan kisah seterusnya di Astro Ria .. misteri dimana hilangannya Juwita mampu di jawab..

sumber sinopsis dari BH Online

Check Also

keputusan piala malaysia 18 julai

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017

Keputusan Piala Malaysia 18 Julai 2017. Aksi TM Piala Malaysia kembali dengan 8 perlawanan berlangsung …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *