Breaking News
Home » Info Sukan » Mampukah Fernando Torres Meledak Bersama AC Milan

Mampukah Fernando Torres Meledak Bersama AC Milan

Fernando Torres yang kini bersama AC Milan setelah dipinjamkan dari Chelsea bakal menjadi tumpuan peminat kelab Serie A Liga Itali itu. Torres yang pernah menjadi penyerang ang digeruni ketika bersama Atletico Madrid dalam La Liga suatu ketika dulu mula mengalami zaman suram bermula dari perpindahannya ke Liverpool. 

Kehadirannya ke Chelsea pada 2011 dengan rekod perpindahan yang tinggi gagal memberi impak berbanding dengan harga yang dibayar Chelsea kepada Liverpool. Fernando Torres cuma menjaringkan 45 kali dalam 172 kemunculan sejak berpindah dari Liverpool pada 2011 dengan rekod perpindahan Britain bernilai STG50 juta.
Kemampuan Torres mungkin sedikit diragukan namun pemain itu pasti optimis untuk kembali bangkit bersama AC Milan. 
Fernando Torres AC Milan
“Saya tidak mahu membuat sebarang janji kepada penyokong bola sepak di sini kerana ia tidak akan membawa sebarang maksud. Saya harap mereka dapat melihat semula saya sebagai peledak gol seperti dulu,”  – Fernando Torres.

Namun paling mencuri perhatian adalah , hasrat JDT untuk membawa Fernando Torres bermain untuk mereka pada musim akan datang. Berbagai reaksi diberikan oleh peminat bolasepak tempatan. Namun berjaya atau tidak impian pengurusan JDT membawa Torres ke Johor , bergantung kepada usaha mereka dan persetujuan pemain itu sendiri.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *