Breaking News
Home » Info Sukan » Malaysia vs Tottenham Hotspurs 27 Mei 2015

Malaysia vs Tottenham Hotspurs 27 Mei 2015

Malaysia vs Tottenham Hotspurs 27 Mei 2015. Akhirnya pasukan Liga Perdana Inggeris EPL , Tottenham mengesahkan kehadiran mereka ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan Malaysia. Mengikut rekod, ini merupakan kali kedua Tottenham ke Malaysia dalam tempoh 36 tahun sejak kunjungan pertama pada 1979.

Bagi pasukan kebangangsaan , ini adalah peluang mereka bedepan perlawanan tahap tinggi dalam persediaan menghadapi kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia yang dijadualkan bermula pada bulan Jun 2015. Menurut pengendali pasukan Harimau Malaya, Dollah Salleh dia memerlukan masa dua minggu untuk mengenal pasti senarai pemain yang akan dipanggil dan tidak menolak beberapa pemain yang cedera dan bersama skuad ketika menjadi naib juara Piala AFF Suzuki akan dipanggil.

UPDATE : LIVE SCORE KEPUTUSAN SEMASA MALAYSIA XI vs TOTTENHAM

Malaysia vs Tottenham 27 Mei 2015
Malaysia vs Tottenham 27 Mei 2015

HARGA TIKET MALAYSIA vs TOTTENHAM
Harga tiket bagi menyaksikan perlawanan Pilihan Malaysia menentang Tottenham Hotspur bermula serendah RM58 untuk tempat duduk bebas, RM428 tempat duduk VIP dan RM328 tempat duduk grandstand. Pembelian tiket secara online boleh dibeli melalui  www.ticketpro.com.my ( tiketpro )

Kepada peminat Tottenham dan penyokong pasukan kebangsaan pastikan anda tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan ini.  Aksi Pilihan Malaysia vs Tottenham ini bakal merebut Piala AIA dan akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam jam 8.45 malam.

Selain Tottenham , satu lagi pasukan EPL iaitu Liverpool telah mengesahkan kehadiran ke Malaysia untuk siri jelajah mereka pada 24 Julai 2015.

gambar BH Online

 

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *