Breaking News
Home » Uncategorized » Malaysia vs Man City , Ramai Bintang Akan Dibawa

Malaysia vs Man City , Ramai Bintang Akan Dibawa

Ramai Bintang Akan Sertai Malaysia vs Manchester City – Ramai sedia maklum yang pasukan juara EPL Man City akan bertandang ke Malaysia dalam siri jelajah mereka. Ini merupakan kali pertama pasukan itu ke Malaysia selepas bergelar juara EPL. Dalam siri jelajah ini Man City bakal membariskan ramai bintang mereka ketika saingan di Stadium Nasional Bukit Jalil 30 Julai nanti. 
Manchester City bakal tampil dengan pemain bintang antaranya Carlos Tevez, Sergio Aguero, Kolo Toure, Yaya Toure dan kapten, Vincent Kompany. Turut serta pemain sayap England, Adam Johnson; pakar sepakan percuma, Alexsandar Kolarov dan pemain pertahanan serba boleh, Pablo Zabaleta. 

Tiket-tiket bagi menyaksikan perlawanan itu masih boleh didapati pada harga RM58, RM68, RM108 dan RM388 di semua cawangan Ticketpro seluruh negara. Maklumat lanjut hubungi talian 03-7880-7999 dan laman web www.ticketpro.com.my. 


Untuk peminat Man City sesi latihan terbuka City bakal berlangsung di Stadium Nasional, bermula jam 5.30 petang, Ahad ini. 

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *