Home » Info Sukan » Malaysia vs Laos : Menang Atau Sekadar Pelengkap Jadual

Malaysia vs Laos : Menang Atau Sekadar Pelengkap Jadual

Malaysia vs Laos Kumpulan A Bolasepak Sukan Asia Incheon 2014 – Kekalahan kepada Korea dalam perlawanan pertama memang sudah boleh diduga. Namun dari segi corak permainan, masih banyak yang perlu diperbaiki andai ingin pergi lebih jauh dalam saingan Sukan Asia 2014. 
Pasukan bolasepak yang diwakili oleh pasukan bawah 23 tahun Malaysia atau Harimau Muda, disasarkan layak ke peringkat suku akhir acara bolasepak. Mampukah ianya dicapai atau akan hanya sekadar sasaran yang gagal. Segalanya bergantung kepada keputusan perlawanan Malaysia vs Laos hari ini.
Jika pertemuan dengan Laos berkesudahan dengan tewas, Malaysia sudah boleh melupakan impian untuk layak ke suku akhir. Jika dengan Laos pun tidak mampu menang apa lagi bila berdepan Arab Saudi yang ternyata lebih kuat. 
Malaysia vs Laos bolasepak sukan asia 2014
Perlawanan bertemu Laos , tiada keputusan lain selain dari menang. Semoga pasukan Malaysia mampu membuktikan sesuatu yang bagus setelah mereka diberikan berbagai kemudahan dan latihan khusus dalam persiapan menghadapi Sukan Asia 2014. 
Kepada penyokong di Malaysia, saksikan siaran langsung aksi Malaysia  di TV9 bermula jam 4.00 petang. Semoga mereka mampu mencatat kemenangan besar.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *