Home » Info Sukan » Malaysia Tigers Ke Separuh Akhir Piala Axiata

Malaysia Tigers Ke Separuh Akhir Piala Axiata

Pasukan utama Malaysia dalam Piala Axiata , Malaysia Tigers mengesahkan tempat ke separuh akhir setelah menang keatas Thailand 3-0 dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan.Hari ini 25 Mac ,pasukan Malaysia Tigers akan menentang Indonesia Rajawali dalam perlawanan terakhir kumpulan.
Dalam perlawanan menentang Thailand , mata pertama Malaysia Tigers disumbangkan oleh perseorangan Muhammad Hafiz Hashim, yang menundukkan jaguh badminton Thailand Boonsak Ponsana 21-19, 21-16.Beregu negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong pula terpaksa berdepan tentangan sengit gandingan Maneepong Jongjit/Patiphat Chalardchalaem sebelum mengalahkan mereka 25-27, 21-9, 21-16.Aksi cemerlang skuad negara diteruskan perseorangan kedua Liew Daren yang menewaskan Suppanyu Avihingsanon 21-14, 21-18.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *