Home » Info Sukan » Malaysia Juara Sepak Takraw Siri Super ISTAF 2015

Malaysia Juara Sepak Takraw Siri Super ISTAF 2015

Malaysia Juara Sepak Takraw Siri Super ISTAF 2015. Setelah sekian lama tanpa sebarang kejuaraan dan sering kali tumpas di tangan pasukan Thailand, akhir hari ini pasukan takraw Malaysia bangkit untuk menumbangkan kuasa takraw dunia itu.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Malaysia tewaskan Thailand dengan keputusan 21-7, 21-19. Skuad takraw Malaysia yang dibarisi kapten Farhan Adam, Hanafiah Dollah (killer) dan tekong Syahir Rosdi jelas menampilkan aksi cukup baik sehingga regu Thailand gagal memberi saingan.

Ini merupakan permulaan yang baik buat sepak takraw negara bagi tahun 2015 setelah sekian lama tenggelam dalam saingan antarabangsa. Semoga prestasi seperti ini diteruskan untuk kembali menjadi pasukan yang digeruni.

Sementara itu Korea Selatan muncul pemenang tempat ketiga apabila menewaskan Singapore 21-16, 21-16. Dalam kategori wanita, Thailand muncul juara selepas menewaskan Vietnam 21-8 , 21-12.

Sepak Takraw Siri Super ISTAF 2015
Malaysia juara Sepak Takraw Siri Super ISTAF 2015 tewaskan Thailand – gambar BERNAMA

 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *